Sering kali saya melihat di YouTube, saya sebenarnya tertanya-tanya berapa lamakah mereka ini tidak membersihkan PC mereka. Ini kerana, PC mereka sangat kotor dan berhabuk belum lagi termasuk si bulus. Saya di sini bukan nak kecam tetapi saya ingin membahagikan 5 tip penjagaan kesihatan PC, Antaranya:
1. Setiap bersihkan PC anda setiap setahun sekali atau maksimum 3 kali sehari. 1 kali major (pembersihan secara besar-besaran seperti hantar ke kedai PC untuk cleaning, tukar termal paste, check kipas sama ada berfungsi atau tidak) dan 2 kali minor (Buang habuk yang kita nampak gunakan bulu datau bersihkan debu pada PC atau Laptop)
2. Guna PC/Laptop bila perlu. Ini kerana, ramai pengguna membiarkan PC/Laptop mereka dalam keadaan terbiar sehingga berlakunya sleep atau hibernate. Sila buang tabiat itu, kerana PC/Laptop kamu bukannya server dan boleh berlakunya pembaziran elektrik.
3. Elakkan penggunaan load atau bebanan aplikasi atau permainan yang berat. Saya sentiasa melihat mereka. PC / Laptop kentang dan tidak power tapi dipaksa main game GTA5. Ini bukan sahaja menjadikannya rosak bahkan akan berlakunya short circuit atau lintas pintas pada motherboard. Akhirnya tak boleh repair terus masuk "Tong Sampah" 😅
4. Sentiasa mengecas bateri bawah 100% (80%-90% dikira optimal), Jika laptop ada bateri. Kenapa tidak boleh cas penuh? Ini kerana, bateri laptop ini menguras atau menggunakan daya elektrik yang tinggi di samping penggunaan load. Jika loadnya tinggi seperti bermain AAA games. Saya sarankan untuk kamu cabut baterinya, jika bateri boleh cabut atau tidak bermainnya sambil cas. Walaupun kita tahu teknologi laptop semakin advance di samping kemajuan Smartphone. Tetapi, ianya tidak boleh dielakkan jika bateri terlalu panas bateri cepat degrade yang menyebabkan kesihatan bateri menjadi masalah dan rosak dalam masa yang singkat.
5. Jangan suka modify atau tukar-tukar part di PC/Laptop, jika tiada ilmu. Hal ini kerana, orang yang suka mengubah standard PC/Laptop ini mengundang rugi jika tersalah beli part. Walaupun part yang kamu beli seperti sudah betul tetapi akan berlakunya bottleneck (jurang besar antara kuasa dan kualiti dalam erti kata lain berlakunya cacat atau lag pada PC/Laptop). Ini kerana, setiap komponen tidak sesuai untuk motherboard, jika kamu paksa juga boleh jadi short circuit atau "MELETUP" based on my experience 🤣🤣🤣.
Itu sahaja yang admin nak share. Harapnya, jika kamu ikut 5 Tips ini, mungkin Insya-Allah PC/Laptop kamu boleh tahan 7-14 tahun lagi macam laptop saya, laptop nec versa pro daripada 2012 sehingga sekarang tahun 2026. Terima kasih atas kesudian kamu untuk membaca artikel pertama saya ini. Kita berjumpa di lain blog. Terima kasih.
Perkongsian
5 Tips pro untuk menjaga kesihatan PC/Laptop Kamu!!!
Diterbitkan pada: 25 Mei 2026
